PRK
Trending

Anifah kekal setia dengan BN

BEKAS Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman mahu Barisan Nasional (BN) tidak mengambil mudah sokongannya setelah menyatakan  kesetiaan kepada  pakatan itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan 18 Januari depan.

Katanya sokongannya ini adalah kerana ia perlu menyokong langkah mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 selain ikhlas mahu menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

“Saya tetap sokong BN sepenuhnya
kerana tidak mahu melihat anak dan cucu saya menjadi pendatang di negeri sendiri.

“Cukuplah dengan janji kosong. Mesej saya kepada BN, ambil isu pendatang haram ini secara serius. Jangan hanya bercakap, beri hak kami seperti dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menurut laporan The Star.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada bantahan terhadap cadangan untuk memberi Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing di negeri itu.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar sebelum ini bertindak keluar daripada UMNO dan memilih menjadi calon bebas selepas BN kalah pada pilihan raya umum lalu berkata telah berbincang dangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diberi jaminan akan ada jalan penyelesaian isu ‘semua penduduk di Sabah’. – SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button