Pendidikan

YDP MPP POLIMAS yang baharu ikrar jaga kebajikan pelajar

Yang DiPertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) 2023, Mohamad Haikal Mohd Sohaidi berikrar akan menjaga kebajikan pelajar sebagai matlamat utamanya.

Beliau yang menerima tauliah pelantikannya baru-baru ini menyifatkan kebajikan harus dipelihara bagi membolehkan setiap pelajar mengikuti pengajian dengan sempurna dan selesa di dalam kampus bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik mahupun dalam sebarang aktiviti yang diceburi.

Mohamad Haikal dilantik sebagai YDP MPP setelah menerima undi terbanyak melalui Pilihanraya Kampus baru-baru ini.

Mohamad Haikal ( dua dari kanan) menerima watikah perlantikan dari Rosli Idris (dua dari kiri).

Anak bongsu dari tiga adik beradik ini dilahirkan di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti, Bukit Mertajam sebelum menyambung jurusan Diploma Akauntansi di POLIMAS.

Salah seorang rakannya, Muhammad Luthfil Hadi Md Idris berkata, Mohamad Haikal adalah seorang pelajar yang berwibawa dan mempunyai sikap kepimpinan dan azam yang tinggi.

“Saya percaya beliau akan berjaya memimpin MPP POLIMAS ke arah yang lebih baik,” katanya.

Muhammad Haziq Hafizin Abd Rashid dari Diploma Teknologi Maklumat, POLIMAS berharap Mohamad Haikal dapat menjaga kebajikan pelajar dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi pelajar.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, sebagai sebuah organisasi yang telah dipilih oleh pelajar, mereka sewajarnya sentiasa prihatin dan mengambil kira keperluan pelajar dalam usaha menyediakan suasana kondusif di pusat pengajian tinggi ini.

“Dengan kuasa yang ada, anda (MPP) perlu mengambil tahu tentang mereka (pelajar) dan maklumkan pada kita (POLIMAS),” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, POLIMAS baru-baru ini.

Barisan MPP POLIMAS sedang melafazkan Ikrar Perlantikan.

Pada majlis itu 30 anggota Exco yang diketuai Mohamad Haikal menerima watikah pentauliahan sebagai Exco MPP POLIMAS yang disampaikan oleh Rosli.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik, Salmiyah Che Ahmad , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr Mhd. Azmin Mat Seman dan Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Muhamad Nasir Zain.

Manakala bekas YDP MPP POLIMAS,Nik Muhammad Faris Nik Mohd Fadzil berkata, barisan Exco yang baru ini insya Allah akan memenuhi harapan pihak pengurusan dan juga janji kepada pelajar semasa manifesto pilihanraya kampus yang lalu demi untuk meningkatkan imej POLIMAS dan menjaga kebajikan pelajar.- SM

BACA Program “Food Bank” POLIMAS, Jitra bantu pelajar B40

BACA POLIMAS juara Pidato Perdana Piala Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

 

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button