Nasional

Covid-19: China tunai janji hantar bantuan kepada Malaysia

KERAJAAN China menunaikan janjinya untuk memberi bantuan bekalkan peralatan perubatan yang diperlukan termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19 hari ini.

Janji itu ditunaikan selepas tiga hari pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan Duta China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma Putra. Barangan tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh pagi tadi.

“Baru tiga hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin Kerajaan China boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19.

“Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitiser, #COVID19 test kit dan lain-lain.

“Pagi ini, Kedutaan China di Malaysia maklumkan, bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin turut mengucapkan terima kasih kepada keraajaan China kerana menyegerakan bantuan yang dipohon oleh Malaysia.

“Terima kasih kepada Kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian masa kami jumpa hari tu – bukit sama didaki, lurah sama dituruni!” kata Hishammuddin.

Hishammuddin mengadakan pertemuam dengan Duta China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma Putra Isnin lalu.

Dalam pertemuan itu, Duta China tersebut memberikan komitmen sedia membantu membekalkan peralatan perubatan yang diperlukan termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Hishammuddin turut menulis surat rasmi kepada rakan sejawatnya di China, Wang Yi bagi merealisasikan komitmen republik itu supaya rakyat Malaysia dapat dilindungi sepanjang krisis wabak berkenaan.-SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button