Politik
Trending

Anifah akan saman Mohd. Shafie

TAKTIK kotor dan fitnah dipercayai digunakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri itu didakwa menfitnah bekas Menteri Luar yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman.

Shafie dikatakan menuduh Anifah dan abangnya Tan Sri Musa Aman yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah memperoleh kontrak 100 tahun ke atas tanah kepunyaan Yayasan Sabah.

Bagaimanapun kenyataan itu dinafikan sekeras-kerasnya, oleh Anifah dan mendakwa tuduhan itu adalah suatu fitnah.

Jika benar dakwaan sedemikian dibuat oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang itu, hal demikian boleh mencalar imej Mohd. Shafie sendiri.

Ini kerana, beliau sebelum ini dianggap ‘gentleman’ kerana membubarkan DUN Sabah apabila berlaku cubaan untuk merampas kuasa kerajaan negeri.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang selepas pilihanraya nanti.

“Takut sangat ke dia dengan saya?

“Nampak gayanya Warisan tidak yakin akan pentadbiran mereka sendiri, sampai sanggup menjalankan kempen mencemar nama baik pihak lawan.”

Demikian kata Anifah yang juga  dalam satu kenyataan hari ini membidas tuduhan Mohd. Shafie.

Tambah beliau, tindakan sedemikian dianggap sebagai pengecut dan tidak bermaruah.

Katanya lagi, tindakan sedemikian juga seolah-olah menunjukkan Mohd. Shafie begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan.

“Saya akan menangani isu ini selepas pilihanraya.

“Sekarang ini, apa yang penting bagi saya adalah tetap fokus kepada rakyat Sabah,” tegasnya

Anifah juga merupakan figura politik yang bertanding di DUN Bongawan dalam PRN Sabah ke-16 ini.

Beliau juga kini sedang bersaing bersama tiga calon lain dalam pertandingan empat penjuru.

Selain Warisan, beliau turut berhadapan dengan calon dari parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sabah akan menjalani pilihan raya pada 26 September ini, sementara hari pengundian awal pula pada Selasa hadapan. – SM

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button