Nasional

Pemandu mabuk: Wajar ikat jamin

MASYARAKAT yang mendesak supaya pemandu mabuk tidak dibenarkan diikat jamin perlu memahami pendirian undang-undang diamalkan di negara ini.

Menurut peguam dan penganalisis politik, Adnan Seman, undang-undang bertujuan menegakkan keadilan justeru seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan demikian.

BACA > Tiada berita palsu COVID-19 sejak seminggu lalu – Ismail Sabri — Suara Merdeka

Hal demikian walaupun kelihatan tidak adil daripada pandangan umum, namun itu adalah hak diberikan yang perlu diberi kepada tertuduh.

Bagaimanapun, ikat jamin tidak diberikan kepada tertuduh yang melakukan kesalahan jenayah berat seperti pembunuhan bersiri, keganasan dan seumpamanya.

“Hakikatnya, ikat jamin adalah hak tertuduh terutama dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membenarkan tertuduh diikat jamin.

ADNAN SEMAN

“Perbicaraan mungkin berlangsung selama enam hingga setahun. Jika tidak dibenar ikat jamin dan didapati tidak bersalah, itu bukanlah satu keadilan buat tertuduh,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Justeru, beliau turut menyatakan tidak wajar jika dimasukkan kesalahan pemandu mabuk ini di bawah Seksyen 303 Kanun Keseksaan kerana ia bukan jenayah pembunuhan.

BACA > Wallpaper jahanam: Telefon pintar gagal berfungsi — Suara Merdeka
BACA > 10.77 juta orang terima BPN, peruntukan RM11.5 bilion — Suara Merdeka

Tambah Adnan, isu kematian diakibatkan oleh pemandu mabuk dan kes pembunuhan sama ada dengan niat atau tanpa niat adalah berbeza.

“Yang perlu dilakukan adalah meningkatkan jumlah denda sehingga RM100,000, sebatan dan penjara mandatori 20 tahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam Muhammad Arif Mohd. Zain, turut bersetuju hukuman sebat dikenakan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya kerajaan menekankan perbezaan tahap keseriusan kes berdasarkan tiga kategori.

Iaitu, memandu di bawah pengaruh alkohol, kecederaan akibat kemalangan atau menyebabkan kematian.

“Memandu secara mabuk, denda RM50,000 atau penjara tidak kurang dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MUHAMMAD ARIF MOHD. ZAIN

“Jika akibatkan kemalangan boleh dikenakan denda RM100,000 dan penjara tidak kurang daripada tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kematian pula, penjara tidak kurang daripada 10 tahun, sebat dan denda tidak kurang daripada RM100,000,” cadangnya.

BACA > Pemandu mabuk: Wajar masuk bawah seksyen 302 — Suara Merdeka
BACA > ‘Langkah Rawang’ tiada ‘next movement’ — Suara Merdeka

Semalam Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan penggubalan Akta Pengangkutan Jalan 1987 sudah sampai ke peringkat kabinet untuk diluluskan sebelum dibawa ke sidang Dewan Rakyat. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button