Ekonomi

Angkasa perluas penggunaan teknologi hijau menerusi koperasi

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tree Technologies Sdn Bhd bagi memperluaskan rangsangan penggunaan teknologi hijau menerusi koperasi.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara terutama bagi membantu mengurangkan kos operasi daripada segi penjimatan bahan api dan menangani isu pencemaran udara.

Industri yang menggunakan atau membangunkan produk menggunakan teknologi hijau turut berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan, katanya.

“ANGKASA yakin menerusi MoU dengan Tree Technologies, koperasi bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan kerjasama, malah bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta kepakaran khususnya dalam bidang teknologi hijau untuk memperkasa sektor inovasi dan teknologi koperasi.

“ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa mencari ruang dan peluang perniagaan baharu bagi mengembangkan aktiviti perekonomian untuk meningkatkan perolehan koperasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Abdul Fattah berkata menerusi perjanjian MoU selama setahun, ANGKASA dan Tree Technologies akan mempromosikan serta menawarkan produk kenderaan elektrik jenama TREELETRIK kepada 14, 625 buah koperasi di Malaysia dengan keanggotaan kira-kira 6.1 juta orang.

Tumpuan akan diberi kepada koperasi siswa universiti bagi kegunaan pelajarnya sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk melakukan pekerjaan sampingan memandangkan kos penyelenggaraannya yang minimum. – BERNAMA

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik button di bawah

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button