Nasional

Ain fail tuntutan balas atas saman fitnah berkaitan jenaka rogol

PEGUAM kepada seorang pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya, Saiful Nizam akan memfailkan tuntutan balas ekoran saman fitnah yang dikenakan kepada mereka berhubung dakwaan jenaka rogol oleh gurunya.

Menteri Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan pengetua sekolah dinamakan sebagai defendan oleh peguam mereka iaitu SN Nair kerana didakwa cuai dalam melindungi Ain.

“Saya telah menerima arahan daripada Ain dan bapanya untuk memfailkan tuntuan balas terhadap gurunya, Khairul Nizam Sanuddin dan selebihnya kerana sengaja mendatangkan tekanan emosi (IIED),” katanya.

Jelasnya, Ain telah mengalami tekanan emosi berhubung jenaka rogol yang didakwa dilakukan oleh gurunya ketika kelas pendidikan jasmani di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Puncak Alam dan selepas kejadian itu juga.

Tambahnya, perbuatan sengaja mencetuskan IIED boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Mereka telah mengarahkan saya untuk memfailkan pembelaan dan tuntutan balas kerana perkara ini amat penting kerana mereka berhujah bahawa dakwaan fitnah tidak dapat dipertahankan sepenuhnya dan ia juga sama apabila pembelaan difailkan.

“Secara jelasnya, kerajaan tidak boleh terlepas daripada liabiliti dalam perkara ini kerana guru berkenaan adalah seorang penjawat awam.

“Oleh itu, mereka bertanggungjawab bagi pihaknya,” katanya.

Khairul, 43, mendakwa Ain membuat kenyataan fitnah terhadapnya di akaun media sosial antara 23 dan 24 April lalu memfailkan saman terhadap Ain pada 26 November.

Guru itu turut mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Ain menjadi tular dan dikongsi di media sosial.

Nair mengatakan bahawa Menteri Pendidikan sepatutnya mengarahkan siasatan terhadap dakwaan serius berkenaan apabila perkara itu mula timbul pada Mei lalu.

“Namun malangnya, beliau seolah-olah telah melepaskan kewajipannya dan terus berdiam diri,” ujarnya. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button