Rencah Hidup

Nora Azni gadai emas demi suami tercinta

KETIKA fasa pertama pandemik  COVID-19 menyerang dunia pada tahun 2020, jualan kedai emas di negara kita pernah dilaporkan meningkat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga mencatatkan nilai lonjakan luar biasa.

Fenomena ini mungkin menghairankan sesetengah pihak. Ketika ramai orang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan selepas perlaksanaan PKP, trend atau aliran membeli emas pula semakin naik.

Tambah menghairankan, trend pembelian emas yang dianggap sebagai pelaburan meningkat walaupun harga emas sedang naik ketika itu.

Namun, tak kurang juga yang terpaksa menggadai emas kerana desakan hidup. Ketika emas dianggap teman akrab golongan wanita, pengumpul dan penyimpan aset itu, Nora Azni  Nawi, 33, terpaksa menjadikannya sebagai cagaran.

Bergelar suri rumah, Nora Azni yang juga ibu kepada dua cahaya mata nekad menggadaikan emas dibelinya di Gull Jewellery.

“Hobi saya memang seperti hampir kebanyakan wanita lain yang suka membeli emas atau barang kemas. Saya sendiri menjadi pelanggan tetap premis kedai emas itu sejak 2017 (5 tahun lalu).

“Dijadikan cerita, suami (Akhtar Syamir Nor Azman) yang menjalankan bisnes perniagaan sendiri  terjejas waktu pandemik. Serba serbi tak menjadi hingga pendapatan terkesan. Kos hidup pun meningkat, anak kami membesar.

“Jadi saya terpaksa ketepikan perasaan pentingkan diri dengan menggadai pelbagai jenis aksesori seperti rantai leher, gelang tangan, anting anting dan cincin. Antara koleksi saya pajak itu termasuklah ketum, coco, roti bun, pulut dakap dan cincin belah rotan,” kata Nora.

Jelas Nora lagi, dia percaya dalam hidup perihal pengorbanan dan tolak ansur perlu.

“Kebetulan saya nampak iklan kedai emas itu di media sosial selain melihatnya di kumpulan WhatsApp yang disebarkan teman. Mulanya agak berat hati nak menggadai ‘harta’ yang ada, tapi itulah pilihan terakhir yang ada.

“Sekalipun harga ‘trade in’ di kedai emas ini tidak terlalu tinggi, saya tak fikir panjang nak guna perkhidmatan mereka. Sebab sudah biasa. Layanan ‘tip top’, staf mesra dan utamakan  keselesaan pelanggan. Ruang kedai selesa dan tawaran rekaaan barang kemas pun pelbagai,” katanya.

Pengurus Gull Jewellery, Farid Hamidi Mohd Salleh

Sementara itu, Gull Jewellery merupakan syarikat Melayu bumiputera yang memiliki dua cawangan  kedai emasnya.

Ia didaftarkan di bawah syarikat YBS Retail Trading Sdn Bhd. Pengurus Cawangannya, Farid Hamidi Mohd Salleh berkata sejak ditubuhkan bermula di Wangsa Maju pada tahun 2014 dan seterusnya di Shah Alam, layanan diberikan saksama tanpa ada perbezaan agama atau status.

“Kami sangat inklusif terhadap semua bangsa. Semua berpeluang mendapatkan tawaran ditawarkan. Antara tawaran  diberikan seperti upah percuma, harga ‘trade in’ dan ‘buy back’  tinggi, perkhidmatan pantas termasuk memperbaiki barang kemas rosak.

“Tak ketinggalan khidmat mencuci barang kemas dan ‘custom made design’ mengikut selera dan keperluan pelanggan. Pilihan rekaan juga terkini dan berkualiti,” kata Farid Hamidi.

Farid Hamidi berkata lagi, mereka menekankan pelanggan sebagai nadi.

“Kami percaya pelanggan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan jenama. Malah kami juga menetapkan piawaian baharu dalam dagangan barang kemas tempatan.

“Kami berusaha untuk memastikan pelanggan pada tahap terbaik mereka dengan melakukan pendekatan untuk memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelestariannya.

“Tentunya kami  menawarkan potongan unik yang halus, mudah dipakai dan beri kepuasan maksimum. Harga kami begitu berdaya saing membolehkan reputasi dikekalkan sebagai peneraju Malaysia dalam peruncitan barang kemas yang dimiliki dan destinasi wajib untuk penggemarnya,” katanya.

Jenama itu turut menjangkakan  akan terus menjadi pilihan utama untuk pelanggan dan bangkit menjadi barang kemas tempatan yang terbaik di Malaysia

Seiring dengan itu, pelbagai  promosi dianjurkan termasuklah antara promosi terdekat bersempena meraikan Aidilfitri untuk pelanggan setia serta VIP. Seterusnya menyediakan lebih banyak promosi besar-besaran untuk pelanggan pada masa akan datang.

Hingga kini jenama itu terus mengikat kesetiaan ramai pelanggannya.

Untuk sebarang maklumat lanjut layari Facebook: https://www.facebook.com/gulljewellery atau https://www.facebook.com/GJSHAHALAM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button