Uncategorized

Angkara peguam Bainun, Cuckoo pula jadi mangsa netizen

GARA-GARA peguam yang mewakili Siti Bainun, mesin penapis air jenama Cuckoo turut menjadi tular sejak semalam dengan pelbagai cerita yang dibangkitkan netizen mengenai keselamatan mesin penapis air berkenaan.

Kononnya adik Bella tergelincir lalu tertekan picu Cuckoo yang menyebabkan badannya teruk melecur.

Memang tidak masuk akal, dan ada sebahagian netizen menjadikan ia sebagai satu bahan lawak dengan cerita pembelaan dibuat itu.

Cerita berkenaan seolah-olah menunjukkan betapa tidak petahnya peguam Bainun yang ingin menunjukkan “BUKTI BETUL” kepada hakim dalam dakwaan kes dera terhadap Bella.

Tidak ketinggalan ada juga yang membuat lakonan semula atau parodi bagi mendapatkan gambaran kejadian seperti mana yang diceritakan peguam tersebut.

Sehubungan dengan itu, tular gambar tangkapan skrin seorang warga internet yang berkongsi perbualannya dengan Ibu Pebajat Cuckoo, meminta agar ditukar perkhidmatan Cuckoo kepada Coway disebabkan isu keselamatan yang boleh membahayakan kanak-kanak.

Saya pasti ia hanya sekadar gurauan dan ingin mengenakan hujah peguam Bainun yang sama sekali tidak masuk akal.

Tidak ketinggalan, melalui perbualan itu dia mencadangkan agar pihak Cuckoo mengeluarkan saman kepada peguam berkenaan kerana boleh menjatuhkan nama dan reputasi Cuckoo. – SM

(Visited 1,411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button