Nasional

Angka korban banjir 41 mangsa, lapan masih hilang

SETAKAT pukul 8 pagi pada hari ini, angka korban yang disebabkan oleh banjir yang melanda seluruh negara kini mencecah 41 mangsa manakala lapan lagi mangsa masih hilang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengatakan mangsa banjir adalah terdiri daripada 26 lelaki dewasa, 13 wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki di Selangor, Pahang dan Kelantan.

“Selangor mencatatkan korban tertinggi banjir melibatkan 25 mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita.

“Pahang pula mencatat 15 mangsa melibatkan lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki.

“Kelantan merekodkan satu kes melibatkan mangsa banjir seorang lelaki,” katanya.

Tambahnya, lapan mangsa yang hilang terdiri daripada tujuh lelaki dewasa serta seorang kanak-kanak di Pahang. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button