Nasional

Angka kematian Covid-19 kini lebih 10,000 nyawa

ANGKA kematian akibat Covid-19 hari ini mencecah angka melebih 10,000 nyawa.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, sehingga 12 tengah hari tadi 10,019 nyawa telah terkorban akibat jangkitan pandemik Covid-19.

Jumlah terkini yang maut adalah seramai 164 kes yang melibatkan 150 warganegara Malaysia dan 14 warga asing.

“Sebanyak 164 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 45 kes di Selangor, 27 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, 10 kes di Perak.

“Masing-masing sembilan kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka, tujuh kes di Negeri Sembilan, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Terengganu,” katanya.


Tambahnya, jumlah kematian itu adalah 0.83 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19 sebanyak 1.203 juta orang di Malaysia.-SM

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button