Nasional

Peruntukan RM400 juta tambah vaksin, tampung 130 peratus populasi

KERAJAAN menambah peruntukan sebanyak RM400 juta lagi bagi untuk untuk menambah bekalan vaksin negara.

Pertambahan peruntukan yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau Pemulih bernilai RM150 bilion itu cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, penambahan bekalan vaksin tersebut antara lain sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun dengan mengutamakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kerajaan juga akan memperuntukan RM200 juta bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin harian.  Antaranya termasuk untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-toHome.

“Sebagai contoh, saya telah mengunjungi program MyMedic @ Wilayah Mobile Vaccination di PPR Sri Johor, Kuala Lumpur yang menumpukan warga emas dan gelandangan serta penggunaan beberapa unit bas bergerak ke kawasan luar bandar yang melibatkan program imunisasi Orang Asli dan beberapa PPV pandu-lalu di IPTA.

“Baru-baru ini, saya juga berkesempatan mengunjungi PPV OKU-pandu lalu OKU Sentral di Ara Damansara, yang pertama seumpanya di dalam negara,” kata Muhyiddin.

Sehingga hari ini, Kerajaan telah membuka sebanyak 341 PPV di seluruh negara yang terdiri daripada 320 PPV Awam, 13 PPV Mega dan lapan PPV IPT.

Bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja industri, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM150 juta kepada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Katanya, majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp), boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10 peratus bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin Covid-19.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.

Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan COVID-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV.-SM

 

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button