Ekonomi

Kempen Save2Safe oleh Yayasan Alpro kurangkan beban komuniti masyarakat

YAYASAN Alpro, di bawah rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, baru-baru ini  melancarkan kempen Save2safe di mana pengguna boleh membeli barangan keperluan seperti topeng muka dan sanitiser tangan dari farmasi Alpro pada kadar subsidi.

Selain memberi subsidi sehingga 60% daripada harga jualan topeng muka produk terpilih dan sanitiser, kempen ini bertujuan untuk mendidik pelanggan tentang kepentingan menggunakan barangan keperluan yang terjamin kualiti semasa pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Alpro, Ostwin Paw, menyuarakan pendapat tentang kepentingan pengguna untuk mendapat akses kepada barangan keperluan yang terjamin kualitinya pada harga berpatutan untuk membendung penularan Covid-19 dengan berkesan.

“Kami berbesar hati melancarkan kempen ini dan kami percaya ia boleh memberi manfaat kepada ramai yang menghadapi kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji semasa tempoh pandemik. Mengekang penularan Covid-19 adalah usaha kolektif, dan kami berharap inisiatif baharu seperti Save2Safe dapat membantu untuk menjayakannya,” kata Paw.

Beliau juga menambah bahawa sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan komuniti, Yayasan Alpro bertuah kerana dapat membawa perubahan untuk kebaikan masyarakat.

“Kami akan terus menganjurkan kempen seperti projek pengumpulan dana autisme yang dilakukan dengan
kerjasama artis yang memenangi anugerah dan ‘Growing Stars Project’ akan datang, yang bertujuan menyediakan sokongan pendidikan dan kebajikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik," tambah
Paw.

Sejak penubuhannya pada September, Alpro telah memberi subsidi lebih daripada RM151,995 untuk topeng muka pakai buang dan semburan sanitizer bernilai RM12,250 kepada masyarakat.

Pengguna boleh pergi ke farmasi Alpro terdekat pada hari Jumaat untuk menyertai kempen. Ia akan berlangsung sehingga diberitahu kelak.

Untuk menyokong usaha Yayasan Alpro dan mengikuti semua informasi terkini mengenai kempen dan usaha amal yang sedang dijalankan, sila ikuti www.alpro-foundation.com atau hubungi 019-388-1923.

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button