NasionalNegeriPendidikan

UniMAP tawar sesuatu yang unik kepada pelajar

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) akan sentiasa berusaha menawarkan sesuatu yang unik kepada pelajar, industri dan pemegang taruhnya.

Dengan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan, adalah diyakini bahawa UniMAP akan terus mampu melahirkan lebih ramai graduan yang berupaya berdepan dengan cabaran industri 4.0, antaranya berminda usahawan, inovatif dan diperkasakan dengan nilai kemanusiaan yang holistik.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh universiti berkenaan di Langkawi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2023.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Canselor disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Ts. Zaliman Sauli.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) Ahmad Rizal Adnan; Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Sharil Abdullah; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Raymond Teoh.

Pada program yang sama Pemangku Raja turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Ngampasong Meuangmany dan berkongsi pengalaman hasil lawatan kerja Baginda mengetuai delegasi UniMAP ke Vientiane dan Luang Prabang pada tahun lalu. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button