NasionalParlimen

Ahli Parlimen PAS Besut diarah keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen PAS, Che Zulkifly Jusoh diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung selama tiga hari mulai hari ini.

Timbalan Speaker Ramli Nor mengarahkan sebanyak tiga kali agar Che Zulkifly Jusoh (PN-Besut) duduk tetapi Ahli Parlimen pembangkang itu mengingkari arahan tersebut.

Sebelum itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan mengapa kerajaan menyediakan dua rang undang-undang yang mempunyai tajuk Bahasa Inggeris yang mana Zulkifly turut mencelah.

Selepas membenarkan Ahli Parlimen bercakap, Ramli kemudian mengarahkan semua orang duduk supaya beliau boleh menyampaikan keputusannya mengenai perkara itu namun Zulkifly enggan.

Zulkifly bukanlah Ahli Parlimen ‘pertama’ yang diberikan tindakan sedemikian kerana terdahulu, ramai Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat menerima arahan dan penggantungan tempoh yang sama.

Umpama alah bisa, tegal biasa, Dewan Rakyat yang bersidang kali ini lebih tenang berbanding dahulu yang mana, ia dilihat seperti medan sarkis dengan perangai Ahli-Ahli Parlimen yang hiruk-pikuk. – SM

BACA Shahidan Kassim jolok sarang tebuan: Anwar Ibrahim tepuk meja di Dewan Rakyat

BACA Speaker Dewan Rakyat arah Ahli Parlimen Pendang keluar Dewan

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button