NasionalNegeripilihan

Malaysia masih perlu diselamatkan daripada kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa

PUTRAJAYA: Idea kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau menyuarakan cadangan itu kerana berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding kepentingan parti.

Tambah beliau, rakyat kini mahu melihat semua parti politik menawarkan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara.

“Kita melihat cadangan itu kerana kita nak menentukan supaya masa depan negara akan lebih selamat, kita tidak akan terus terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah, salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Itu bukan kebimbangan saya itu kebimbangan rakyat, sebab itu yang saya suarakan itu bukan soal kepentingan PN, tapi untuk kepentingan negara.

“Saya serahkan untuk pimpinan-pimpinan politik untuk memikirkan soalnya adakah kamu memikirkan tentang parti kamu atau negara?

“Bagi saya segala kerjasama parti menuntut suatu keberanian untuk menyelamatkan keadaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan gabungan tersebut yang disuarakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, soal siapa harus menjadi Perdana Menteri tidak wajar dijadikan keutamaan kerana yang lebih penting ialah kesan positif kepada negara.

“Tidak perlu fikir siapa nak jadi Perdana Menteri… selamatkan negara dahulu.

“Itu bagi sayalah…kalau Rafizi jawab saya tidak setuju, tidak setujulah. Saya bukan tidak kenal dia, saya kenal dialah,” ujar bekas Perdana Menteri kelapan itu lagi.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button