Nasional

Anggota PKR dinasihatkan tidak berhimpun di Istana Negara, sekitarnya esok

PARTI Keadilan Nasional (PKR) meminta semua anggotanya utuk tidak mengadakan perhimpunan di Istana Negara esok berikutan Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menasihatkan anggiota PKR agar tidak berkumpul di mana-mana tempat lain terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

Dalam satu kenyataan, Saifuddin turut meminta supaya semua rakyat Malaysia agar bertenang sepanjang majlis mengadap berlangsung.

Beliau juga turut mengingatkan agar semua rakyat kekal bertenang ‘jika berlaku sebarang proses selepas majlis mengadap berlangsung.

“Semua anggota PKR adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.


“Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

Anwar akan mengadap Yang di-Pertuan Agong tidak sampai 24 jam lagi bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk mengambil alih kerajaan daripada Muhyiddin.

Pada 23 September lalu, Anwar mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa dia mempunyai “majoriti kuat, hebat dan meyakinkan” di Parlimen untuk membentuk pemerintahan baru.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar  berkata, beliau telah mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.-SM

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button