Alam Sekitar

Tumpahan banan kimia, kilang plastik diarah henti operasi

SAMPAI bilakah masyarakat kita akan sedar dan menjaga alam sekitar? Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengarahkan sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Senawang menghentikan operasi mereka serta-merta susulan insiden tumpahan bahan kimia sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran bau.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kilang terbabit turut diarahkan menjalankan kerja pembersihan tumpahan yang berlaku.

JAS juga katanya telah menjalankan pengawasan kualiti udara bermula semalam, dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam dan pemantauan bersambung hari ini.

Pemantauan, katanya lagi, dilakukan di kawasan penempatan penduduk terjejas iaitu di Lorong 7, Taman D’Latania.

“Kertas siasatan akan dibuka sekiranya pemeriksaan pasukan JAS negeri mendapati, berlaku kecuaian sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar dan pihak yang bertanggungjawab, boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Semalam, media melaporkan aduan orang awam mengenai bau kurang menyenangkan di kawasan berkenaan dan siasatan awal mendapati, berlaku kebocoran semasa pemindahan banan kimia Methyl mathacrylate yang diambil dari tangki intermediate Bulk Container. – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button