Nasional

Besar maknanya menjadi warga Malaysia

KOMENTAR

SEORANG netizen mengajak rakyat menghargai betapa bernilainya menjadi warganegara Malaysia.

Memakai gelaran “Maia S. Ahli Psikologi Industri”, nukilannnya yang membuat perbandingan kaedah Malaysia menangani wabak COVID-19 dengan negara-negara lain, SUARA MERDEKA paparkan untuk renungan kita bersama:

 

SYUKUR DIRIKU ANAK MALAYSIA

Malam ini saya sujud syukur.
Tidak pernah saya rasa begini sebelum ini.
Siapa sangka krisis ekonomi paling teruk sejak merdeka ini benar-benar memberi insight yang tidak terkira mahalnya. Ya teman, kita dengan beraninya sedang menggempur krisis ekonomi dunia paling teruk dalam 100 tahun.

Namun COVID-19 ada jasa yang besar pada saya. Saat ini saya begitu realise besarnya makna menjadi warga Malaysia.

 

MALAYSIA

-Mampu melaksanakan lockdown untuk menyelamatkan nyawa dan pada masa sama memberikan pakej rangsangan menanggung kerugian rakyat adalah a LUXURY yang tidak dapat dinikmati banyak negara.

Syukurlah kita rakyat Malaysia. Negara masih mampu utamakan nyawa rakyat dengan melaksanakan half lockdown.

Half lockdown memerlukan kerajaan menggunakan wang simpanan negara untuk tanggung pendapatan rakyat (individu dan bisnes) yang hilang dan buat suntikan rangsang ekonomi.

Yang pastinya nanti, pakej rangsangan akan melibatkan berbillion perbelanjaan dari simpanan negara.

Malaysia sebenarnya mempunyai rizab negara yang kukuh iaitu 400 bilion ringgit. Menggunakan beberapa bilion untuk memastikan kelangsungan the economic chain wont hurt.

Inilah masanya kita guna sedikit dari wang simpanan.

Mana nak cari kerajaan yang utamakan menyelamatkan nyawa rakyat dan kemudian meringankan beban rakyat seperti ini?

 

INDONESIA

-Lihatlah Indonesia.

Tuan Presiden tidak mampu isytiharkan Lockdown mahupun MCO walau kes Covid19 Indonesia naik mencanak.

Ingat mudah nak tanggung sara hidup rakyat yang hampir 300juta ramainya?

Maka, nasibnya, rakyat pandai-pandailah cari jamu bina benteng dalam tubuh sendiri.

Tubuh yang kuat bisa menang, tubuh lemah redha aja hilang.

Nyawa sendiri, jagalah sendiri.

 

SINGAPURA

-Singapore?
Orang sebelah saya Abam Singa. Ekonomi Singapura sangat bergantung kepada investor luar – hasil cukai syarikat antarabangsa yang bertapak di Singapura atau menggunakan pelabuhan Singapura. Syarikat-syarikat gergasi dari USA, Eropah .

Bayangkan apa jadi bila saraf ekonomi negara-negara besar ini turut diserang Virus licik ini.

Kita, walau nampak comot sahaja berbanding Singa, ekonomi kita dibangunkan dari hasil sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada investment syarikat luar negara.

Kita ada petrol, pulau dan pantai cantik, sawit.

Pelan-pelan kayuh walau tak nampak kaya sangat.

Masih boleh berdiri sendiri walau tempang sedikit dek kesilapan strategi ekonomi kerajaan lalu.

 

INDIA

-India pula punya 1.3 bilion rakyat.

India sudah laksanakan Lockdown. Tanpa apa-apa pakej membantu tanggungan rakyat yang hilang pendapatan.

Rakan-rakan saya di sana sudah mula resah. Bagaimana mahu teruskan kelangsungan syarikat? Bayar gaji pekerja? Makan untuk keluarga sendiri?

Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam. Pandai-pandailah kau nak hidup.

Susah sangat, tidur di tepi pembahagi jalan bukan tak biasa.

 

CHINA

-China paling keras.

Full lockdown. Dan kerajaan tidak menanggung pendapatan rakyat yang hilang. Memang bukan calang-calang orang boleh jadi rakyat China.

Yang manja gemalai memang tak dapat hidup di China.

 

SYUKUR…DIRIKU ANAK MALAYSIA

Maka:

1. For Now, #StayHome to Save Our country. Usahlah biar Perdana Menteri terpaksa merayu-rayu kepada kita untuk selamatkan nyawa kita.

Polis dan tentera yang begitu berhemah walau kita degil brangset, kita tak akan jumpa di mana-mana. Di China yang degil saat lockdown dipukul sahaja guna kepala senapang. Di Korea Utara, yang ingkar lockdown ditembak tanpa simpati.

2. Buat Teman-teman yang bisnes dan pendapatannya terkesan, Sabarlah. Ada bantuan untukmu.

Dan Allah jua pasti ada limpahan rahmah buatmu. Usah dilupakan janji-Nya dalam Surah Al-Inshirah;
“Bersama kesukaran itu, ada kemudahan. Dan bersama kesulitan itu ada kelegaan”

Pelangi indah itu hanya kelihatan setelah usai hujan.

Selepas ini sebaik usai MCO, Mari kita kerja keras bina negara tercinta.

Lupakan segala sengketa politik yang tiada faedahnya. – SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button