NasionalUncategorized

Ancaman keselamatan oleh Israel, polis tingkatkan kawalan

POLIS memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai bagaimanapun dinasihatkan supaya bertenang.

“Kita akan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan awam kekal terjaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, PDRM sentiasa bersiap siaga dan akan memantau isu ini dari masa ke semasa bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, Timbalan Presiden Kanan Penyelidikan Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD), Jonathan Schanzer dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya semalam, mendakwa Tentera Pertahanan Israel (IDF) diberi kebenaran untuk menghapuskan pejuang Hamas di semua peringkat.

“Channel 13 melaporkan IDF diberikan lampu hijau untuk menyasarkan operatif Hamas di semua peringkat, dalam dan luar Gaza. Implikasinya jelas kepada Iran, Turki, Qatar, Malaysia dan lain-lain,” katanya.

Channel 13 adalah sebuah stesen penyiaran televisyen di Israel. -SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button