Politik

“Menang sorak, parti tergadai” – Annuar Musa

BEKAS Setiausaha Agung Umno menyifatkan situasi yang melanda parti berkenaan ibarat “Menang sorak, parti tergadai”.

Tan Sri Annuar Musa berkata, para pemimpin Umno terpaksa menjadi juruucap tahniah kepada pemimpin DAP Tan Sri Lim Kit Siang yang menerima anugerah gelaran semalam.

Menurut Annuar lagi, inilah pencapaian terbesar Umno menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula Rabu ini.

“Pencapaian terbesar kepimpinan menjelang PAU ialah menjadi juruucap tahniah kepada pencerca pencerca mereka yang menerima anugerah, dengan ahli mereka sendiri berputih mata…,

“Itu namanya menang sorak, parti tergadai…”. sindir Annuar menerusi catatan Facebooknya pada Isnin.

Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) sempat menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,

Kalau tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Sudahlah hancing terkena kencing,
Najisnya pulak nak kena telan.

Terdahulu,pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sekali gus  membawa gelaran Tan Sri bagi kategori pertubuhan politik.

Beberapa pemimpin UMNO tampil menzahirkan ucapan tahniah kepada Kit Siang antaranya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button