Ekonomi

Memahami ekonomi tidak menentu, Kedai Emas Perling sumbangkan 1,000 kampit beras di Johor Bahru

TIDAK kira agama dan bangsa Kedai Emas Perling yang terletak di Johor Bahru menyumbangkan sebanyak 1,000 kampit beras kepada keluarga golongan asnaf dari pelbagai kaum bagi menyemarakkan lagi di bulan ramadan yang mulia.

Menurut pengasas Kedai Emas Perling, Puan Nurul Aini Muslim, melihat ekonomi kini agak mencabar untuk sambutan hari raya ditambah pula anak yang baru bersekolah secara tidak langsung sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban pada keluarga yang terkesan.

Pengasas Kedai Emas Perling, Puan Nurul Aini Muslim menymbangkan beras

‘’Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama mereka yang menghadapai cabaran ekonomi.

“Selain itu, usaha ini juga bagi berkongsi rezeki dan mencari keberkatan dalam perniagaan yang saya lakukan,’’ katanya dalam majlis program infaq ‘ Kedai Emas Perling Prihatin’ Jumaat lalu.

Mengulas lebih lanjut tentang perniagaan emas yang sedang diusahakan, Nurul Ain juga menceritakan tentang detik-detik mula berniaga emas dengan hanya modal RM50,000 di rumahnya sehingga mampu membuka kedai.

Kedai Emas Perling yang mengunakan Tang Line ‘Mewah Bergaya, Simbol Anggun Wanita sempurna’’ ini menjual barangan kemas dengan koleksi dan gaya terkini bahkan terdapat gold bar bagi sesiapa yang ingin membuat simpanan dalam jangka yang pajang.

‘’Saya bermula dengan modal RM50,000 dengan membeli emas di kedai cina, jualan pertama hanya di rumah dan dapatlah pulangan dalam RM100,00, barang kemas ini tidak mereput dan harganya pula semakin naik jadi saya tak rugi.

‘’Enam bulan saya belajar di telegram berkenaan nama-nama barang kemas lepastu beli barang lain sedikit-sedikit sehingga menjadi besar,’’ jelasnya.


Dari segi pemasaran pula selain menjual emas secara fizikal, kini mereka giat aktif melakukan promosi melalui platform TikTok secara live.

Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak RM5 bagi setiap gram emas yang dibeli khas buat pelanggan kelahiran negeri Johor.

Emas Perling turut menawarkan lebih 1,500 pilihan cincin dan lebih 800 jenis pilihan rekaan rantai tangan, ‘gold bar’ dan dinar emas, sekali gus menjadi pilihan peminatnya yang tersendiri.

Artikle Berkaitan :>

G&T Hyper Hardware Sdn Bhd: Kedai Perkakasan Bumiputera Terbesar Di Sungai Buloh

Gara-gara mengidam rompak kedai emas akhirnya Wanita hamil 7 bulan didakwa.

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button