Politik

Apakah benar masyarakat Cina tidak fasih BM? – Wira Putra

PELANCARAN laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Bahasa Mandarin memperlihatkan penguasaan Bahasa Melayu lemah dalam kalangan masyarakat Cina.

Tanggapan tersebut timbul di samping kecaman kepada SPRM yang menggunakan bahasa lain selain daripada bahasa Kebangsaan sebagai medium penyampaian.

Malah, hal demikian juga dikatakan bakal menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Bukan itu sahaja, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam perkara 152 juga semakin tidak dihormati.

“Melalui portal berkenaan, tujuan portal bahasa Mandarin ini dilaksanakan adalah kerana kononnya untuk memberikan maklumat tentang pencegahan rasuah.

“… dan meningkatkan keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda anti-rasuah.

“Apakah ini benar, masyarakat cina di Malaysia sebelum dan ketika ini tidak mahir berbahasa Melayu, dan bodoh bab teknologi?

“Pelaksanaan itu juga dilihat tidak mendidik rakyat untuk bersatu dalam satu bahasa sepertimana yang dinyatakan dalam perlembagaan Malaysia Perkara 152.”

Demikian tegas Exco Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohamad Izwan Zainal dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tindakan SPRM sedemikian mungkin akan menjadi ikutan laman web agensi kerajaan yang lain dan menyebabkan bahasa Kebangsaan semakin dipinggirkan.

Malah, perpaduan juga dikatakan semakin rapuh sekiranya sikap membeza-bezakan antara masyarakat sebagai rakyat Malaysia diteruskan.

“Sekiranya portal ini diteruskan, ia akan memalaskan masyarakat Cina untuk belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan di Malaysia dan bersatu dalam sebuah negara bangsa,” uyjarnya.

Terdahulu, Putra dalam kenyataan lain turut mengecam tindakan SPRM yang didakwanya melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Badan kerajaan itu dikatakan melanggar undang-undang kerana sebagai agensi kerajaan wajib menggunakan bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi.

MOHD. KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Justeru, tindakan SPRM itu juga dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan.

Kata Naib Presiden, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, hal demikian adalah menyedihkan kerana selepas 63 tahun negara mencapai kemerdekaan masih ada yang mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak menguasai bahasa Kebangsaan.

“Tindakan ini menyebabkan orang Cina tidak melihat apa-apa keperluan untuk memahami, membaca dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

“Kerana kerana mereka sentiasa di berikan pilihan untuk menggunakan Bahasa ibunda walaupun bagi maksud urusan rasmi Kerajaan.

“Jika portal ini di benarkan maka tidak mustahil nanti akan terpaksa di wujudkan portal dalam bahasa Tamil, telegu, jawa, Iban, kadazan dan orang Sungai.

“Bagi membolehkan beratus etnik berbeza di Malaysia boleh memahami berkaitan ‘Perang membanteras rasuah’,” tegasnya. – SM

 

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button