Jual Beli

Rekaan emas Miragold cetuskan nafsu wanita

SATU jenama dari usahawan tempatan, Miragold berjaya memukau dan membangkitkan nafsu wanita dengan rekaan emas terbaru dari Dubai.

Cawangan terbaru Miragold terletak di Taman Melawati Kuala Lumpur

Bemula dengan cawangan pertama di Johor Bharu, kini Miragold mula beroperasi cawangan kedua di Taman Melawati Kuala Lumpur.

Menurut pasangan suami isteri dan pengasas Miragold, Nor Dhamirah Daling dan Mohd Zulatika Ghani, menggunakan tagline ‘Pencetus Nafsu sebenar Wanita’ berhasrat setiap wanita boleh memiliki aksesori mewah itu.

Pengasas suami isteri Miragold sebelum ini merupakan graduan lepasan ijazah Kejuruteraan Awam memilih menceburi bidang perniagaan

“Memang ramai yang tanya mengapa memilih tagline begitu, namun jika dilihat sudah menjadi lumrah wanita sukakan emas. Wanita sukakan sesuatu yang berharga dan suka berhias. Aksesori memainkan peranan yang penting dan emas dapat mencetuskan nafsu mereka, bersesuaian dengan tagline tersebut.

“Malah rekaan butik juga berkonsepkan kemewahan dan sekaligus mencetuskan nafsu untuk memiliki koleksi Miragold,” ulasnya.

Miragold diperagakan oleh pempegaruh media sosial Fatin Noraishah

Sempena pembukaan 100 pengunjung terawal ini, pelanggan berpeluang menikmati promosi menarik antaranya emas berharga RM99 dan rantai tangan berharga RM399.

Untuk rekod, MiraGold merupakan 100 peratus milik bumiputera dan mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.

MiraGold juga aktif dalam penjualan atas talian di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram bagi mempromosikan produk mereka selain menawarkan pembelian secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

Pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.

Artikle Berkaitan :>

7 Perkara Boleh Sebabkan Harga Emas Naik, No. 2 Kini Sedang Terjadi!

 

 

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button