Nasional

Tiada lagi PKP menyeluruh, hanya PKP bersasar

KERAJAAN tidak lagi akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara atau negeri sebaliknya akan digantikan dengan PKP bersasar.

Maksud PKP bersasarkan ialah perintah kawalan itu hanya akan dilakukan di kawasan yang ada kes-kes positif sahaja dan tidak membabitkan seluruh negeri atau negara seperti sekarang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, strategi kawalan Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

“PKP mungkin tidak perlu lagi secara menyeluruh. Sebaliknya kawalan pergerakan hanya dilaksana mengikut lokasi dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan saja,” katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Selain itu katanya, peruntukan program imunisasi dinaikkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion bagi mempercepatkan sasaran imuniti kelompok dicapai Disember ini berbanding sasaran awal pada suku pertama 2022.

Untuk mencapai sasaran itu katanya, 15,000 petugas akan ditempatkan di hampir 950 pusat pemberian vaksin di seluruh negara.

“Kerajaan bersetuju bantuan khas Covid-19 dengan kadar RM200 sebulan dipanjangkan kepada penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan,” katanya.

(Visited 763 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button