fbpx
Nasional

Anak, pasangan warga tempatan di luar dibenar masuk dalam negara

PASANGAN dan anak kepada warganegara tempatan yang tidak mempunyai Pas Lawatan Jangka Panjang boleh memohon kebenaran untuk masuk ke dalam negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kemudahan itu adalah selaras dengan keputusan yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos lalu.

“Namun, mereka diwajibkan untuk terus memohon Pas Lawatan Jangka Panjang setelah selesai proses kuarantin wajib seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Permohonan perlu dibuat melalui emel [email protected] dan akan diproses serta dibawa ke mesyuarat Task Force Kemasukan Warga Asing ke Malaysia bagi penilaian sebelum kebenaran masuk diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, hanya pemohon dari negara-negara yang dibenarkan masuk sahaja akan diproses dan dipertimbangkan kebenaran masuk.


Jelasnya, bagi negara-negara yang dikenakan sekatan kebenaran masuk, permohonan kebenaran masuk tidak akan dipertimbangkan sehingga ada satu keputusan baharu menarik balik sekatan kebenaran masuk bagi negara-negara tersebut.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web www.imi.gov.my bagi mendapatkan tatacara dan panduan permohonan masuk bagi kategori ini sebelum menghantar permohonan lengkap ke [email protected] -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button