Politik

Lantik Shabudin: Muhyiddin telah buang prinsip urus tadbir baik, integriti?

PELANTIKAN Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya  sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kritikan terhadap kerajaan Pakatan Nasional (PN).

Ini ekoran beliau sedang berhadapan dengan kes saman daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang mana Shabudin merupakan bekas pengerusi.

SHABUDIN
Haniff Khatri

Peguam Haniff Khatri, yang pernah mewakili bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata,  pelantikan itu menimbulkan persoalan adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuang prinsip tadbir urus yang baik dan integriti.

“Shabudin, bersama dengan ahli lembaga pengarah dari Perda, masih berdepan dengan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Penang kerana melanggar fidusiari dan dakwaan salah laku yang difailkan pada 13 dan 14 Februari 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shahbudin, bekas ahli lembaga pengarah dan pembeli yang terlibat dalam urus niaga dua bidang tanah yang didakwa dijual dengan harga di bawah nilai pasaran.

Dua saman berbeza telah difailkan pada 13 dan 14 Februari di Mahakamh Tinggi Pulau Pinang di George Town.

Saman berkenaan adalah untuk menuntut kembali tanah tersebut atau pampasan ganti rugi serta bayaran bunga kerana agensi itu telah kerugian disebabkan jualan tanah dengan harga murah itu.

Dua bidang tanah itu membabitkan kawasan di Kampungg Tok Keramat, Nibong Tebal seluar 9.36 ekar bernilai RM17.7 juta dan tanah di Sungai Baong, Jawi seluas 5.8 ekar pada harga RM1.9 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid dalam satu kenyataan berasingan pula berkata, pelantikan ahli parlimen dari Bersatu itu adalah keputusan yang mengecewakan.

Katanya, ini ekoran Shabudin mengenai isu rogol di Dewan Rakyat sewaktu menjadi ahli parlimen Barisan Nasional.

Shabudin mencadangkan bahawa tindakan tersebut merupakan penyelesaian kepada masalah sosial yang berlaku.

“Kenyataan di atas amatlah tidak menyakinkan wanita. Saya ingin bertanya kepada semua anggota wakil rakyat PN, khususnya wakil-wakil rakyat wanita, adakah anda semua tidak berasa apa-apa dengan pelantikan ini?

“Adakah anak-anak perempuan kita akan lebih selamat dengan seorang timbalan menteri undang-undang yang mempunyai pemikiran sebegini? Tepuk dada tanya selera,” kata Sherleeena.

Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Shabudin sebagai timbalan menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan parlimen.

Shabudin menggantikan ahli parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih jawatan timbalan menteri kerja raya, yang dikosongkan oleh ahli parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button