Luar Negara

Anak lelaki bongsu Trump yang positif Covid-19 kini diuji negatif

ANAK lelaki bongsu Presiden A.S. Donald Trump, Barron Trump yang dikatakan menghidap Covid-19 tanpa gejala kini diuji negatif.

Demikian menurut wanita pertama AS Melania Trump menyiarkan kemas kini kesihatan keluarga pada Rabu.

“Itu merupakan dua minggu yang lalu ketika saya menerima keputusan ujian dan semua orang di Amerika dan di seluruh dunia mengetahuinya – saya diuji positif Covid-19. Memburukkan lagi keadaan, suami dan Ketua Turus  negara kita, menerima berita yang sama.

“Secara semulajadi fkiran saya terus berkisar tentang anak kami. Tetapi kami merasa sangat lega kerana dia negatif, namun seperti semua ibu bapa risau sejak beberapa bulan lalu, saya terus berfikr apa akan berlaku esok dan hari berikutnya?

“Ketakutan saya menjadi kenyataan apabila dia diuji sekali lagi dan keputusannya positif. Kami bernasib baik kerana dia seorang remaja yang kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Kemudian dia diuji negatid,” kata wanita pertama itu mengenai anaknya yang berumur 14 tahun seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

Menurut Melania, gejala Covid-18 yang dialaminya seperti roller coasster kerana mengalami sakit-sakit badan, batuk, dan sakit kepala serta mereka sangat letih sepanjang masa. Daripada segi perubatan saya memilih lebih berasaskan sumber semula jadi dengan memilih vitamin dan makanan sihat,” katanya.

Stephanie Grisham, jurucakap dan ketua kakitangan wanita pertama memberitahu USA Today pada 2 Oktober bahawa Barron “telah diuji negatif, dan semua langkah berjaga-jaga diambil untuk memastikan dia tetap selamat dan sihat.”

Trump mengumumkan pada awal pagi 2 Oktober bahawa dia dan isterinya telah f positif Covid-19.

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button