Nasional

Pelbagai pihak terus gesa moratorium dilanjutkan

KERAJAAN khususnya Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) terus digesa supaya melanjutkan moratorium pinjaman yang sepatutnya berakhir September ini.

Ini kerana kesan sebenar implikasi ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan dirasai bermula Septemberi.

Hal demikian berikutan program bantuan kerajaan termasuk pakej rangsangan ekonomi berakhir pada bulan tersebut.

Justeru, ia merupakan satu kebimbangan sebenar terhadap ekonomi terutama di peringkat isi rumah atau individu walaupun terdapat tanda awal pemulihannya.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ia termasuk program subsidi gaji bernilai RM7.79 bilion untuk lebih 2.53 juta pekerja.

BACA > Ubah, pinda akta, lindungi pengusaha pelancongan tempatan — Suara Merdeka

Itu antara yang akan berakhir disamping program moratorium serta beberapa manfaat lain dua bulan lagi.

Hal tersebut turut diakui para pakar dan penganalisis ekonomi yang menyatakan ramai tidak sedar skala sebenar kemerosotan ekonomi.

“Terdapat risiko serius yang situasi pasca-rangsangan mungkin lebih buruk dari sebelumnya.

CARMELO FERLITO

“Kerana permintaan disokong secara artifisial dan sokongan seperti itu tidak dapat bertahan selamanya.

Demikian kata Felo Penyelidik Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Carmelo Ferlito dipetik laporan portal itu.

Tambahnya, pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lalu yang merencatkan hampir keseluruhan sektor ekonomi dilaksana berdasarkan maklumat atau dasar yang silap.

“Beberapa ahli ekonomi termasuk saya menyatakan beberapa bulan lalu PKP yang kita hadapi berdasarkan analisis ‘trade-off’ yang lemah.

“Kini kebenaran terserlah.

“Pembendungan virus bukan disebabkan oleh ‘lockdown’, kerana negara yang menerapkan langkah sama gagal menangani virus itu.”

BACA > Pakej Rangsangan Ekonomi selamatkan 2.75 juta pekerjaan — Suara Merdeka

Beliau menambah demikian menyifatkan keperluan terhadap alternatif lain selain daripada perintah berkurung.

Kerana, kaedah sedemikian dikatakan tidak dapat membendung penularan Covid-19 dengan mengambil contoh negara-negara yang melaksanakan perintah tersebut.

Tambah Ferlito, dalam menghadapi kesan ekonomi nanti, kerajaan tidak boleh melaksanakan pelanjutan yang sama dengan program subsidi upah.

Namun, program moratorium perlu dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Terdahulu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bank melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam.

Katanya, bank-bank perlu berkorban kerana ia turut akan memberi manfaat jangka panjang kepada mereka.

Bagaimanapun, Dr. Madelin Berma dari Akademi Sains Malaysia, berpendapat, kerajaan tidak akan melanjutkan program moratorium selepas September.

Hal demikian kerana menurut Berma, lanjutan tersebut bukan sebahagian daripada dasar kerajaan.

MADELINE BERMA

“Ia bukan polisi menyeluruh tetapi berdasarkan keperluan dan kemampuan pembayaran balik oleh peminjam individu.

“Perniagaan dan sektor paling terkesan oleh PKP harus diberi keutamaan untuk melanjutkan moratorium mereka,” jelasnya.

Justeru, katanya bank masih boleh memilih untuk melanjutkan moratorium pinjaman berdasarkan kes-kes tertentu pelanggan mereka.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerajaan berbincang dengan bank mengenai pelanjutan moratorium.

BACA > Lanjut moratorium: Kerajaan sedang berbincang dengan bank — Suara Merdeka

Perbincangan itu dilanjutkan susulan permintaan daripada orang ramai berikutan kesan ekonomi pandemik masih belum nampak jalan keluar. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button