Luar Negarapilihan

Anak jati Muar, Sam Lim berucap dalam bahasa Melayu di Dewan Perwakilan Australia

Anak jati Muar, Johor, Sam Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tagney membuat penampilan sulung di Dewan Perwakilan Australia dengan memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

Tindakan Lim, 61, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia selama dua tahun, pada 1983, telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu ciapan di Twitter, Ismail merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat Lim dari Australian Labor Party (ALP).

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh@SamLimMP ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!” katanya.

Lim dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Tangney di Perth pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini dan dalam ucapannya, Lim menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan.

Selepas berkhidmat sebagai anggota PDRM (1983), Lim bertugas sebagai pelatih ikan lumba-lumba serta mengusahakan beberapa perniagaan di Malaysia dan Australia.

Beliau bersama isteri dan tiga anaknya kemudian berhijrah ke Australia dan menyertai Western Australia Police Academy pada 2006 seterusnya bertugas di Perth, malah pada 2020 beliau dianugerahkan ‘Police Officer of the Year’ atas khidmatnya dalam masyarakat pelbagai budaya ketika penularan pandemik Covid-19.

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button