Nasional

Anak individu kenamaan (VIP) ditahan ingkar PKPP

SEORANG anak kenamaan (VIP) antara 29 individu yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah pub di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail pada 22 Ogos lalu.

Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul 1.20 pagi oleh sekumpulan pegawai dan anggota polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu termasuk golongan VIP yang melakukan kesalahan.

“Setiap individu yang ditahan dan didapati bersalah melakukan kesalahan melanggar PKPP akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> 101 Projek: Guan Eng dakwa penipuan besar, bongkar esok

Menurut Mazlan, kesemua warga tempatan yang ditahan dipercayai sebagai pengunjung premis telah berada di pub tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai merupakan pengurus premis, lelaki Bangladesh (1) dan tiga wanita Filipina yang bekerja di pub tersebut.

“Siasatan lanjut juga mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazlan, kesemua warga tempatan yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun telah dikenakan kompuan RM1,000 setiap seorang.

Jelasnya, kesemua tangkapan warga asing berusia lingkungan umur 33 hingga 52 tahun pula ditahan reman selama 14 hari bermula 22 Ogos lalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020,” ujarnya.

BACA> Tun Mahathir dakwa akar umbi Bersatu beralih ke Pejuang 

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button