KesihatanUncategorized

Anak Diserang Chicken Pox? Ambil Perhatian Sembilan Tip Ini Untuk Keselesaan Anak!

Apabila anak sakit, ibulah yang paling risau sekali dengan keadaan anak.

Walaupun sudah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan namun keadaan anak masih lambat baik.

Keadaan ini merusingkan ibu bapa yang bekerja kerana terpaksa mengambil cuti demi menjaga anaknya yang sakit.

Ditambah pula dengan suasana hari ini, pelbagai penyakit yang boleh terkena pada anak kecil.

Selepas musim HFMD, datang pula musim anak terkena virus chicken pox atau cacar air.

Walaupun penyakit ini tidaklah berbahaya seperti HFMD namun ibu bapa harus berjaga-jaga.

Chicken pox berpunca dari virus Varicella ia amat mudah berjangkit dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak namun boleh juga berjangkit kepada orang dewasa.

Antara tanda-tanda gejala chicken pox adalah:

1.Si kecil akan demam, letih dan meregek tidak selesa lima hari sebelum timbul ruam
2.Ruam akan mula naik di badan melalui bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Namun kebiasaannya, ia bermula pada bahagian belakang badan dahulu.
3.Dalam masa 24 jam, akan kelihatan ruam seperti lepuh air (blister), kemudian pecah kering dan menjadi keruping dalam masa empat ke lima hari.
4.Untuk parut chicken pox pula akan mengambil masa hilang dalam masa dua minggu

Cara untuk merawat anak terkena chicken pox

1.Dapatkan dahulu rawatan susulan dari doktor
2.Berikan ubat pada masa ditetapkan oleh doktor, selalunya doktor akan berikan ubat demam dan ubat sapu.
3.Mandikan anak dengan air suam sahaja, tanpa perlu letak apa-apa sabun pada badan anak.
4.Gunakan daun semambu (neem leaf) semasa mandi gosokan daun tersebut pada badan anak si comel. Dengan cara ini berkesan untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan.
5.Jika anak berumur satu tahun ke atas, berikan air kelapa sedikit demi sedikit bertujuan untuk sejukkan badan.
6.Berikan air banyak
7.Berikan pada anak anda makanan yang bersup dan lebihkan sayuran
8.Paling penting jangan berikan anak anda makanan yang bergula ini boleh meyebabkan imunsasi anak menurun.
9.Yang terakhir, lebih baik anak anda kuarantin di rumah sahaja supaya tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain.

Semoga tip ini bermafaat untuk semua ibu-bapa yang menghadapi situasi anak diserang chicken pox.

(Visited 6,220 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button