NegeriRencah HidupTravel

Sup viral “padu” di Nat Ban Chin, Satun tarikan luar biasa

SUP viral di Nat (Pekan Sehari) Ban Chin di Wilayah Satun memang “padu”, itulah ayat oleh orang-orang muda sekarang.

Sekali rasa, pastinya selepas itu akan mula terkenang-kenang untuk menikmatinya lagi.

Peniaga sibuk melayan pelanggan yang kebanyakannya suka membeli sup viral secara bungkus disebabkan tempat duduk yang terhad.

Daya tarikan yang kuat itu akan membuatkan peminat sup viral ini akan memilih ia sebagai tempat pertama untuk dituju sebaik melangkah masuk ke Nat Ban Chin.

Punca hendak segera ke gerai ini kerana disebabkan tempat duduknya yang sangat terhad.

Jika lambat bererti kenalah beratur menunggu giliran.

Sebenarnya jika sekali pandang gerai ini hanya menjual sejenis sahaja sup iaitu mengandungi organ dalaman lembu seperti bingkai nyiru (bahasa orang Utara) atau babat bersama dengan usus atau perut panjang bahasa orang Kelantan dan kelempong (bahasa Utara) atau paru.

Sup viral di Nat Ban Chin, Satun, Thailand menunggu pelanggan setia.

Bagaimanapun jila sekali dah rasa, memang bagai satu kemestian, jika ke Nat Ban Chin, sup viral ini akan menjadi pilihan nombor satu.

Inilah pengalaman penulis sendiri sehingga tidak sedar telah menjadi “pelanggan tetap” sup viral ini sejak sepuluh tahun lalu.

Bagaimanapun peniaga wanita Melayu ini dikatakan sudah berniaga sup sudah lebih 20 tahun.

Cuma susah untuk berkomunikasi memandangkan peniaga ini langsung tidak boleh berbahasa Melayu.

Bahan sup viral seperti babat, paru dan usus panjang.

Cuma peniaga faham apabila pelanggan guna bahasa isyarat hendak berapa mangkuk sup atau nasi.

Peniaga ini sekalipun tiada pembantu tetapi tangannya pantas memotong bahan sup untuk disediakan di dalam mangkuk atau yang dibungkus.

Disebabkan tempat duduk yang terhad maka kebanyakan pelanggan yang terdiri dari orang tempatan memilih membelinya secara bungkus.

Sama ada mereka beratur atau memesan dahulu untuk menjadi lebih mudah.

Apa yang menarik perhatian, ketika penulis makan di gerai ini, ada seorang lelaki kaum Siam yang lahir di Malaysia tetapi telah bermastautin di Satun pun turut menjadi penggemar sup viral ini.

Sekaligus ini membuktikan pelanggan sup viral ini tidak terhad di kalangan orang Melayu tempatan dan luar malah juga pelbagai kaum lain.

Harganya cuma 60 Bath (RM7.94) semangkuk yang boleh dimakan dengan sepinggan nasi hanya 10 Bath (RM1.32). – SM

BACA Kembara sehari ke Satun puas dapat menikmati makanan unik

BACA “Lockkan” pasar malam Du Son, Satun, syurga makanan wajib lawat

(Visited 64 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button