Jenayah

Anak ahli politik di Melaka cederakan seorang lelaki

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 7 Mei – Anak kepada seorang ahli politik terkenal di negeri ini dipercayai menumbuk dan meludah
seorang lelaki berusia 49 tahun dalam kejadian berlaku di sebuah rumah di Pernu dekat sini 2 Mei lalu.

Malah lelaki berkenaan juga turut bertindak menghantukkan kepala ke muka mangsa hingga menyebabkan hidungnya mengalami kecederaan.

Menurut sumber, dalam kejadian pukul 12.33 tengah malam itu, lelaki berkenaan telah menghubungi mangsa
lalu memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memintanya datang ke rumah.

Ujarnya, lelaki itu tidak berpuashati dengan mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ibunya di
sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.

“Mangsa yang tidak mengsyaki apa-apa telah datang ke rumah lelaki berkenaan di Pernu.

“Ketika di rumah berkenaan, berlaku pertengkaran hingga lelaki itu berang lalu terus menumbuk ke kepala
mangsa.

“Lelaki itu juga menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung.
Mangsa juga turut diludah dimuka,” kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu katanya, mangsa meminta untuk bertemunya jika benar dia bersalah namun adik lelaki
berkenaan terus menghalau keluar dari rumah tersebut.

Kata sumber itu lagi, mangsa yang bekerja sebagai pengurus itu telah membuat laporan di Balai Polis
Kandang kira-kira pukul 12.36 tengah malam semalam.

“Mangsa membuat laporan berkenaan kerana bimbang tentang keselamatan dirinya dan ahli keluarga,” kata
sumber itu lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Chrtistopher Patit ketika dihubungi
mengesahkan mengenai kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut.

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button