BeritaPolitik

Lokman tuduh Hishammuddin sebagai pengkhianat

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menuduh Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein sebagai mengkhianati rakyat khususnya apabila membawa 22 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berjumpa dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Azmin Ali malam tadi.

“Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada Calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

“Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP UMNO ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan UMNO. Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut MP UMNO untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

“Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN ke rumah Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya? Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Lokman, beliau telah membuat laporan pada 30hb Oktober 2019 lalu, kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden UMNO terhadap penglibatan Hishammuddin dalam menghasut pimpinan dan MP Umno untuk menyertai PPBM.

https://youtu.be/ZlwibPX3rjU

Sehubungan itu beliau menggesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi pimpinan dan MP UMNO untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.

“Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT UMNO yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukannoleh Hishammuddin ini. Partinperlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

Sebelum ini Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong kecewa dicop sebagai pengkhianat akan melompat parti selepas BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.

“Saya sedih sebab tohmahan itu bukan sahaja datang daripada lawan malah orang UMNO sendiri tuduh saya macam-macam. Mereka tuduh saya hendak pergi Bersatu tapi sampai sekarang saya masih UMNO.

“Kesetiaan saya kepada parti adalah jitu, saya tetap ahli UMNO walaupun tiada jawatan yang dipegang. Saya bukan boleh dijual beli,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pada tahap kini, fokus UMNO adalah untuk memperkukuhkan parti di saat kerajaan PH kini dalam kemelut dalaman.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noriani Ahmad.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pukul 11 malam.

Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin menerusi laporan di portal Malaysia Today melaporkan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN.

SENARAI AHLI PARLIMEN YANG HADIR :

1. Jasin
2. Arau
3. K Krau
4. Gerik
5. Paya Besar
6. Maran
7. Sembrong
8. Pengerang
9. Kuala Kangsar
10. Jerantut
11. Tenggara
12. Parit
13. Lipis
14. Jempol
15. Cameron Highlands
16. Jelebu
17. Padang Besar

18. Parit Sulong

MP TIDAK HADIR :

1. Bagan Datuk
2. Pekan
3. Ketereh
4. Pasir Salak
5. Machang
6. Padang Rengas
7. Bera
8. Padang Terap
9. Lenggong
10. Pontian
11. Kota Tinggi
12. Tapah
13. Ayer Hitam
14. Tg Piai
15. Kinabatangan
16. Tg Karang
17. Rompin
18. Gua Musang
19. Kinabatangan
20. Kepala Batas
21. Putrajaya
22. Rembau
23. Besut

Total BN MP : 41
Hadir : 17
Tidak hadir: 24

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button