Sukan

Perlis sapu bersih sirkit woodball kebangsaan

Pasukan Persatuan Woodball Negeri Perlis berjaya menyapu bersih Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan kali ke-16 anjuran Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang diadakan di Laman Woodball Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur bermula pada 17 hingga 20 Februari 2022.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis berkenan meluangkan masa berangkat memberikan sokongan moral kepada kontinjen ‘The Perlis Woodpeckers’ pada hari ke dua kejohanan dilangsungkan menzahirkan ucapan setinggi tahniah kepada Presiden, Chef De Mission serta seluruh kontinjen negeri ini. Baginda mahukan PWNPs sentiasa bersiap siaga dan memastikan pemain-pemain woodball terus komited dengan latihan secara berkala bagi memastikan pasukan negeri Perlis sentiasa cemerlang dalam setiap kejohanan yang diambil bahagian.

Pasukan Perlis berjaya merangkul johan dalam kategori pasukan terbuka lelaki yang diwakili oleh Abu Hassan Adam, Zulkifli Said, Suhaimi Ahmad serta Mohd Faizal Othman, dan seterusnya naib johan dalam kategori sama yang diwakili oleh Jasmin Kasa, Azizan Zainol, Muhammad Nor Aidil Jasni serta Jasni Saad, manakala kategori perseorangan terbuka lelaki telah disapu bersih oleh pasukan Perlis yang diwakili oleh Abu Hassan Adam menjadi johan, Zulkifli Said mendapat naib johan, Jasmin Kasa memenangi tempat ke-tiga dan Azizan Zainol merangkul tempat ke-empat

Pasukan Perlis juga turut memenangi johan bagi kategori pasukan wanita terbuka wanita yang diwakili oleh Rosmawati Abidin, Qistina Mohd Reffal, Nor Rinda Ramli dan Faridah Din, manakala bagi kategori perseorangan terbuka wanita pula, pasukan Perlis yang diwakili oleh Qistina Mohd Reffal merangkul naib johan dan Nor Rinda Ramli mendapat tempat ke-3.

Kategori beregu terbuka wanita turut dirangkul oleh pasukan Perlis apabila Qistina Mohd Reffal bersama Rosmawati Abidin menjadi johan manakala Nor Rinda Ramli bersama Noryomhaslinda Senayan mendapat tempat ke-3, manakala kategori beregu campuran juga turut dibolosi oleh pasukan Perlis apabila Muhammad Aidil Jasni bersama Salbiah Hashim menjadi johan dan Mohd Faizal Othman bersama Qistina Mohd Reffal mendapat naib johan.

Pasukan Perlis turut meraikan kemenangan besar dalam kategori remaja apabila pasukan remaja lelaki Perlis yang diwakili oleh Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin, Adam Mukhriz Azny Nizam, Muhammad Azim Shaqil Azizan dan Muhammad Hafizuddin Abu Hassan telah merangkul johan dalam kategori pasukan remaja lelaki, manakala Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin turut merangkul naib johan, Adam Mukhriz Azny Nizam memenangi tempat ke-3 dan Muhammad Azim Shaqil Azizan mendapat tempat ke-4 bagi kategori perseorangan remaja lelaki.

Pasukan Remaja Perlis sekali lagi meraikan kemenangan apabila Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin bersama Muhammad Hafizuddin Abu Hassan berjaya memenangi naib johan dalam kategori beregu remaja lelaki, manakala kategori beregu remaja wanita, pasukan Remaja Perlis memenangi naib johan yang diwakili oleh Hanis Humaira Jasni dan Nur Amirah Mohamaed Fadzli.

Seterusnya bagi kategori pasukan remaja wanita turut dimenangi oleh pasukan Remaja Wanita Perlis yang mendapat naib johan diwakili oleh Hanis Humaira Jasni, Nur Amirah Mohamed Fadzli serta Nur Asyiffa Zaidi, manakala Hanis Humaira Jasni turut berjaya merangkul naib johan bagi kategori perseorangan remaja wanita. Bagi kategori beregu campuran remaja pula, pasukan Remaja Perlis yang diwakili oleh Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin dan Hanis Humaira Jasni telah berjaya menduduki tempat ke-3.

Manakala bagi kategori khas ‘Gate In One’ telah dimenangi oleh wakil negeri Perlis iaitu Nur Asyiffa Zaidi yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Sebagai rekod, sejumlah 204 orang daripada 17 buah kelab dan persatuan woodball seluruh Malaysia menyertai kejohanan kali ini. Kejohanan Terbuka Woodball yang seterusnya akan dibuat di Terengganu dijangka pada bulan Jun atau Julai dan seterusnya penutupan tirai kejohanan terbuka tahun ini akan diadakan pula di negeri Perlis, jangkaan pada bulan Oktober atau November.

Hadir di majlis penutupan dan penyampaiam hadiah ialah Presiden Persekutuan Woodball Asia (AWF), Thomas Kok dan Presiden Persatuan Woodball Malaysia, Elaine Tan.

(Visited 1,538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button