Politik

Anwar akan jumpa Ramasamy

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan pandangan bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy berhubung tindakan mengambil keputusan keluar daripada parti itu.

Perdana Menteri berkata, Ramasamy memahami keadaan yang dihadapi oleh parti Kerajaan Perpaduan yang kini menghadapi pilihan raya di enam negeri.

P. Ramasamy mengadakan sidang akhbar mengumumkan perletakan semua jawatan yang disandang dan keluar daripada DAP.

Sehubungan itu Anwar berharap bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu akan terus memainkan peranan membantu kerajaan.

“Ramasamy sahabat saya, saya akan tentunya dapat pandangan daripada dia. Dia faham keadaan kita.

“Mungkin ada beberapa masalah khusus dan parti tapi saya harap dia mainkan peranan yang positif untuk membantu kerajaan dan pendekatan madani ini,” katanya Anwar ditemui selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-36 di sini hari ini.

Anwar diminta mengulas keputusan yang diambil Ramasamy keluar daripada DAP akan memberi kesan terhadap parti-parti kerajaan dalam pilihan raya di enam negeri yang akan berlangsung Sabtu ini.

Ramasamy hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan keluar daripada parti itu.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Surat yang sama turut dihantar kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pagi ini.

Ramasamy sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri buat kali terakhir.

Namun namanya digugurkan sebagai calon daripada mempertahankan kerusi yang disandang beliau selama tiga penggal. – SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button