Nasional

Rampas sepanduk & larang laungan Allahuakbar adalah pada realiti solidariti Palestin di Malaysia

!

Saya yang membawa dan mengangkat placard gambar Syaitan Netanyahu dan War Criminal itu. Saya ambil keputusan untuk balik dan tak bersama lagi perhimpunan yang sgt rigid dan merendahkan intelektual/kebebasan bersuara.

Benar dan pelik, saya yang mengangkat placard Netanyahu War Criminal digelar sebagai Zionis. Orang yang memberi arahan dan gelaran itu (Dr. Musa) adalah yang terpaling Palestin di Dataran Merdeka pada saat ini.

Placard yang saya bawa itu tidak bersifat politik. Placard tersebut menyatakan sesuatu yg benar. Netanyahu adalah penjenayah perang. Kenapa kita nak jaga sgt hati Amerika dan Israel? Demo sebegini hanyalah wayang semata-mata dan hanya nak menunjukkan mereka juga ‘into the scene’.

Benar laungan takbir juga tidak dibenarkan, kononnya tak nak Non Muslim berasa tak selesa, laungan tersebut dianggap bersifat ‘offensive’ oleh orang Islam sendiri.

Sepatutnya didiklah Non-Muslim bahawa takbir itu adalah laungan suci Umat Islam yang tidak bersifat ganas dan bersifat menyatukan.
Penganjur cuba membawa perspektif ‘humanitarian’ yang melampau hingga merendah2kan sisi agama dan tanah suci Umat Islam dalam perjuangan Palestin.

Mereka cuba ‘secularised’kan perjuangan ini. Dan merekalah terpaling profesional tetapi para peserta perhimpunan pagi ini sendiri boleh nampak, betapa kurang ajarnya MC mereka dan betapa lemahnya ‘vibe’ dan suasana perhimpunan. This is a most toothless Palestine solidarity gathering in the world.
Memalukan Malaysia!

Viva Palestina Malaysia

FB: SYED MUHAMMAD SYAFIQ AL-HUSSAINI

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button