BeritaPolitik

Ambiga bukan tak kenal tapi tertipu – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, sikap pemimpin DAP kini semakin terserlah kerana mereka bukan pejuang rakyat tetapi hanya ‘menyamar’ semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum lalu.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hakikatnya keutamaan pemimpin-pemimpin terbabit adalah untuk merebut kuasa dengan apa cara sekalipun.

“Isu rakyat, kebenaran, keadilan dan masa depan negara bukan prioriti mereka pun – dulu dan kini,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau.

Najib merujuk kepada kenyataan bekas Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S. Ambiga bahawa beliau kini tidak lagi ‘mengenali’ sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya begitu berani sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

“Ia perlukan keberanian untuk melakukan perkara berbeza daripada yang dilakukan pada masa lalu.

“Sebab itu kita mengundi kerajaan hari ini, kerana ketika mereka jadi pembangkang, mereka sangat berani sebenarnya. Kamu tahu dalam Bersih dan sebagainya, mereka tidak takut.

“Jadi saya tidak lagi mengenali beberapa orang yang telah masuk dalam kerajaan dan kini sangat takut kepada orang-orang yang meletakkan mereka di sana.

“Saya mendapati semua ini agak membimbangkan,” kata Ambiga dalam Forum Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Kenapa Rahsia?’ di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Najib, masalah Ambiga ialah bukan beliau tidak lagi mengenali pemimpin-pemimpin terbabit selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Tetapi Ambiga tak kenal wajah sebenar mereka sebelum PRU-14 kerana masa itu Ambiga tak tahu mereka sebenarnya hipokrit dan penipu yang menyamar sebagai pejuang rakyat,” katanya.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button