Nasional

Ambiga ancam turun ke jalan jika PH tidak laksana pembaharuan

BEKAS Pengerusi Bersih Ambiga  Sreenevasan berkata, beliau akan turun ke jalan semula jika kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak melaksanakan beberapa pembaruan utama menjelan Jun ini.

Ambiga yang pernah memimpin beberapa demonstrasi jalanan ketika memimpin Bersih berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk turun ke jalan semula namun terpaksa jika ianya perlu.

“Ada di antaranya yang telah digubal, jika perkara-perkara ini tidak dapat dilakukan (pada) bulan Jun, ini adalah kegagalan sepenuhnya komitmen Pakatan Harapan untuk melakukan pembaharuan.

“Kami tak pernah terfikir untuk turun ke jalan berkaitan kerajaan ini, tapi jika perlu dilakukan, ia perlu dilakukan. Ini bukan kerana kerajaan, ini kerana rakyat,” kata Ambiga..

Ambiga antara jurucakap forum bertajuk ‘Laporan Jawatankuasa Pembaharuan  Institusi (IRC): Mengapa Rahsia?’ yang berlangsung di ibu negara.

Bekas pengerusi Bersih itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak melaksakan pembaharuan tersebut tahun ini juga kerana agak terlambat untuk melaksanakannya pada tahun depan apabila semua pihak mula tertumpu pada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 pula.

“Tetapi kebimbangan saya ialah kehabisan waktu dan jika mereka tidak mengotakan sebahagian daripada janji-janji utama, jadi bagi saya, hanya sikit masa yang tinggal, kerana tahun depan semua orang akan menumpukan perhatian kepada pilihan raya akan datang,” katanya.

Antara pembaharuan utama yang dituntut adalah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan isu pemasuhan hukuman mati.-SM

 

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button