
Amber Perkenal ‘Amber Oasis Abaya’
JENAMA fesyen kontemporari, Amber kini mempersembahkan koleksi edisi terhad terbarunya – Amber Oasis Abaya. Koleksi ini menggabungkan rekaan avant-garde dengan elemen warisan Islamik, khusus buat wanita yang berjiwa seni, bergaya tinggi, dan menghargai keanggunan dalam berpakaian.
Menampilkan rekaan eksklusif dan moden, koleksi ini sekali lagi menegaskan kedudukan Amber sebagai peneraju fesyen Muslimah premium di Malaysia. Keistimewaan pelancaran kali ini diserikan dengan pelantikan tiga selebriti wanita popular tanah air – Nora Danish, Amira Othman dan Amyra Rosli – sebagai duta rasmi koleksi.
Ketiga-tiga figura ini bukan sahaja memiliki persona tersendiri dan pengaruh besar dalam industri hiburan, malah mencerminkan gaya hidup Muslimah moden yang menjadi aspirasi ramai.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, Amber Oasis Abaya lebih daripada sekadar pakaian; ia adalah manifestasi seni dan keindahan.
“Amber bukan hanya sebuah jenama, tetapi simbol keyakinan dan keanggunan wanita Muslimah moden. Kami percaya setiap wanita berhak bergaya dengan penuh yakin tanpa mengabaikan nilai serta keselesaan. Pelancaran koleksi ini mencerminkan komitmen kami terhadap fesyen eksklusif tempatan yang berkualiti tinggi,” jelasnya.
Beliau turut menyifatkan kerjasama dengan ketiga-tiga selebriti sebagai langkah strategik untuk merapatkan hubungan jenama dengan para pengguna, memandangkan pengaruh mereka yang kuat dan imej yang selari dengan nilai Amber.
Empat Rekaan Ikonik Amber Oasis Abaya:
-
Madeena (RM329) – Tampil elegan dalam rona baby blue, maroon dan purplish gold, dengan potongan free size yang menyerlahkan kelembutan dan gaya klasik.
-
Arora (RM289) – Menawarkan pilihan copper brown (pleated) dan midnight blue (non-pleated), sesuai bagi wanita yang menggemari tekstur unik dan potongan berstruktur.
-
Jumaira (RM259) – Rekaan kasual eksklusif dalam warna white, mint green dan light brown, sesuai untuk acara siang mahupun malam.
-
Sahara (RM199) – Paling versatil dalam koleksi, hadir dalam warna black, brown dan green. Rekaan ringkas namun tetap mengekalkan aura eksklusif.
Duta & Padanan Gaya:
-
Nora Danish, dengan gaya sofistikated, menghidupkan pesona abaya Madeena.
-
Amira Othman membawa kelembutan feminin yang sinonim dengan Jumaira.
-
Amyra Rosli, sebagai ikon wanita moden dan ibu muda, tampil serasi dengan Arora yang berani dan bergaya kontemporari.
Koleksi edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit bagi setiap rekaan.
Setiap pembelian turut hadir dengan pakej eksklusif termasuk kotak hadiah berlapik sutera, sijil keaslian bernombor, dan e-pass jemputan ke majlis pratonton eksklusif sempena Kuala Lumpur Fashion Week pada September 2025.