Nasional

UniSZA hasil cecair pembasmi kuman untuk kegunaan kakitangan universiti

KUALA NERUS, 24 Mac — Pusat Pengurusan Makmal Berpusat dan Fakulti Farmasi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan terutama semasa penularan wabak COVID-19 pada masa kini.

Pegawai Sains Pusat Pengurusan Makmal Berpusat UniSZA, Dr Syed Ahmad Tajuddin Tuan Johari berkata, ia dihasilkan bagi kegunaan petugas barisan depan universiti itu yang mempunyai kemungkinan terdedah kepada virus berkenaan.

Sehingga kini pihaknya berjaya menghasilkan 60 liter cecair itu untuk pengeluaran fasa pertama.

“Seramai 10 penyelidik terlibat dalam proses penghasilan cecair pembasmi kuman ini dalam tempoh tiga hari.

“Kami akan menghasilkan lebih banyak cecair pembasmi kuman ini dalam masa terdekat bergantung kepada bahan yang ada untuk memastikan petugas barisan depan mendapat perlindungan kebersihan sepanjang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, komposisi dalam cecair pembasmi kuman itu adalah etanol, hidrogen peroksida dan gliserol yang dihasilkan mengikut piawaian dan formulasi yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO).

— BERNAMA

 

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button