NasionalNegeri

RM2 juta subsidi lesen, latihan e-hailing belia Selangor

KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM2 juta kepada belia negeri bagi program subsidi lesen motosikal yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 orang.

Pemberian subsidi tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisatif untuk menggalakkan belia Selangor melibatkan diri dalam program latihan e-hailing.

Hal demikian susulan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan sektor ekonomi gig menerusi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

“Peruntukan tersebut berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2020.

“Peruntukan itu juga merupakan tambahan RM1 juta yang diumumkan Amirudin dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada minggu lalu.

BACA > Pelbagai pihak terus gesa moratorium dilanjutkan — Suara Merdeka

“RiDE merupakan salah satu insentif bantuan kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Inisatif Peduli Rakyat (IPR).”

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Pembanguann Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran RiDE di Bangunan SUK Selangor, hari ini.

Tambah beliau, program itu juga bertujuan memperkasakan penglibatan belia Selangor dalam sektor ekonomi gig negeri berkenaan.

Menerusi RiDE, golongan belia akan diberi peluang untuk menyertai sektor e-hailing sebagai sebahagian daripada peluang pekerjaan.

“Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan sebanyak RM810,000 bagi menampung kos latihan peserta yang menyertai pogram tersebut.

“Menyedari kepentingan ekonomi gig pada masa kini, Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan operator e-hailing, Mat Despatch.

“Kerjasama itu bertujuan menyediakan latihan kepada peserta RiDE yang mahu menceburi bidang e-hailing.

BACA > Pengurus Adele dibayar RM54 juta setahun — Suara Merdeka

“Langkah ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menangani pengangguran dan pembuangan kerja susulan pandemik Koronavirus (Covid-19),” ujarnya.

Program tersebut bakal dibuka mulai 1 Ogos nanti dan belia yang berminat untuk menyertai program RiDE boleh melayari www.msnselangor.gov.my. – SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button