Nasional

Seorang netizen tular berita palsu dakwa inspektor kesihatan penipu

AKIBAT tidak puas hati hanya rumah bukan Melayu dilawati, seorang pengguna media sosial didapati tularkan gambar anggota Pejabat Kesihatan.

Dua anggota itu dikatakan dianiaya apabila gambarnya disebarkan ketika sedang menjalankan pemantauan dekat sebuah kawasan perumahan di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, anggota berkenaan hanya mahu melawat beberapa buah rumah di sana apabila menerima laporan kes lokaliti iaitu penyakit Malaria.

Berdasarkan maklumat daripada Facebook Public Health Malaysia, kedua-dua anggota tersebut merupakan Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Kedua-duanya diarahkan untuk pergi ke rumah seperti dilaporkan untuk mengesan penduduk yang mungkin dijangkiti virus Malaria tetapi masih belum mendapat rawatan.

Bagaimanapun ketika pemantauan dilakukan, anggota berkenaan telah disalah anggap sebagai penipu dan penjenayah sebelum gambar mereka diambil kemudian ditularkan.

“Lebih menjelikkan, penyebar juga mendakwa kedua-dua ‘penipu’ itu hanya menyasarkan rumah bangsa tertentu,” katanya hari ini.

Justeru, PKD disarankan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap pemilik rumah berkenaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Tugas penjawat awam diganggu. Provokasi dilakukan. Gambar dan berita palsu disebarkan dalam media sosial. Reputasi imej dua anggota tercalar. Motivasi dan kesihatan mental mereka mungkin terjejas.

“Walau bagaimanapun, tahniah kepada anggota berkenaan iaitu Nizam dan Seelan yang masih mampu tersenyum dan memberikan pendidikan kesihatan walaupun provokasi dilakukan,” ujarnya.

Menurut maklumat itu lagi, terdapat dua kes Malaria dilaporkan di sana dan pemantauan dilakukan kerana virus tersebut boleh mengakibatkan kematian. – SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button