Politik

Kalau tak fasih bahasa Melayu jangan masuk politik Malaysia

Dalam satu perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin MCA aku pernah menyuarakan pandangan bahawa mereka yang tak fasih bahasa Melayu supaya tidak masuk politik Malaysia.

Perkiraannya mudah sahaja, majoriti pengundi di negara ini berbahasa Melayu, bahkan orang Cina kalau berkomunikasi dengan orang India pun menggunakan bahasa Melayu.

Apatah lagi bila calon Cina bertanding di kawasan Melayu majoriti pengundi, seperti yang berlaku di Melaka.

Aku turut memberi contoh pemimpin DAP yang fasih berbahasa Melayu, bahkan bertutur loghat Melayu setempat.

Bagaimanapun MCA memang tidak pernah belajar dan lihatlah apa yang berlaku di Melaka.

Untuk makluman juga itulah kali pertama dan terakhir aku dijemput untuk memberi pandangan.

Kesimpulannya mereka hanya mahu mendengar pandangan menyedapkan telinga dan tidak mahu berubah.

 

(Visited 601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button