Media massaPolitik

Facebook Kelab Che Det buka ruang niaga pula

FACEBOOK page khsusus bagi penyokong dan peminat Tun Dr. Mahathir Mohamad, ‘Kelab Che Det’ maklum akan menggunakan platformnya sebagai ruang niaga.

Facebook tersebut sebelum ini merupakan medium bagi menyebarkan propaganda berkaitan Dr. Mahathir termasuk menyokong gerakan politik bekas Perdana Menteri itu.

Kini page Facebook itu dilihat seperti berubah atau ‘keluar sedikit’ daripada menjadi platform perbincangan politik.

Bagaimanapun, Kelab Che Det dilihat mempunyai kelebihan untuk membuat demikian kerana mempunyai jumlah tanda suka dan pengikut yang ramai iaitu sekitar 1.5 juta pengguna.

“Ruang Niaga Kelab Che Det (KCD) setiap jumaat.

BACA > Peguam Sugu maklum laporan polis ditarik balik — Suara Merdeka

“KCD akan memberikan ruang kepada 1.5 juta pengikut page ini untuk memasarkan produk perniagaan masing-masing.

“Admin akan cuba naikkan post ini pada setiap hari Jumaat.

“Usaha ini adalah selari dengan hasrat kami untuk membantu para peniaga, khususnya peniaga kecil yang memerlukan platform umum untuk memasarkan perniagaan mereka dalam mencari pendapatan.”

Demikian kenyataan Kelab Che Det di Facebooknya hari ini apabila memaklumkan mahu membantu peniaga khususnya perusahaan kecil.

https://www.facebook.com/kcdmalaysia/posts/3403599179727727

Menurutnya, usaha ini dilihat sebagai inisiatif untuk memastikan ekonomi dalam negara bergerak semula.

“Diharapkan usaha ini dapat membantu para followers yang berniaga dan seterusnya menggerakkan ekonomi dalam negara.

“Semoga para followers dan juga orang ramai dapat manfaat daripada usaha ini.

BACA > Tak perlu bimbang didakwa muat naik video di TikTok, YouTube — Suara Merdeka

“(Ini adalah ruang iklan perniagaan dan posting yang tidak berkaitan akan dipadam. Perniagaan yang diiklankan juga mestilah sah dari sudut undang-undang)

“Sekian, terima kasih. Salam Jumaat,” ujarnya.

Inisiatif Kelab Che Det itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mula meletakkan produk jualan mereka dalam ruangan komen.

Ia susulan kenyataannya mendapat 874 tanda suka, 224 komen dan 16 perkongsian selepas dua jam dimuat naik.

Malah, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata positif walaupun bunyinya seolah-olah menyindir.

” Buat pertama kalinya saya sokong usaha min (admin) ini…mcm inilah…👍👍👍,” komen Palie Msc.

Terbaik min. Membantu masyarakat kita. Boleh dah tukar nama page ini. Jangan dok puji atok sgt,” kata Shahril Izwan.

“Boleh jual baju Bossku di sini,” sindir Badrul Naim.

BACA > Teresa mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan — Suara Merdeka

Terdahulu, page Kelab Che Det teruk dikecam pengguna media sosial sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Kecaman dipercayai timbul selepas page tersebut menjadi tempat luahan rasa tidak puas hati netizen terhadap pentadbiran PH.

https://www.facebook.com/kcdmalaysia/videos/712828529554084/

Dalam perkembangan lain, page itu memuat naik sebuah video Dr. Mahathir yang berkata inngin mengumumkan sesuatu.

BACA > Mohon batal, pendakwa kerap minta tukar pertuduhan – Najib — Suara Merdeka

Bagaimanapun, video tersebut dikatakan satu sindiran kepada Ahli Parlimen Baling, Batu Kawan dan Jelutong, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Kasthuri Patto dan RSN Rayer. – SM

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button