Berita

Amaran hujan lebat di empat negeri sehingga Selasa – MetMalaysia

Penduduk Kampung Pianggu menggunakan tangki air poli untuk menyeberang selepas rumah mereka dinaiki air ketika tinjauan fotoBernama,hari ini. Mangsa banjir di Rompin meningkat kepada 756 orang daripada 195 keluarga berbanding 681 mangsa daripada 176 keluarga pagi tadi yang melibatkan antaranya Kampung Pianggu, Kampung Setajam, Kampung Sarang Tiong dan Kampung Perpat. –fotoBERNAMA

 

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan hari ini berkata notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran; Kuantan; Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah; Rembau; Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.

— BERNAMA

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button