
Nasional
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok
Hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, demikian menurut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran menerusi satu kenyataan itu, MetMalaysia memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) serta Kapit (Song).
Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, hari ini.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.