Alam SekitarBanjir

Amaran hujan berterusan pada tahap bahaya bagi Kelantan dan Terengganu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap bahaya untuk Kelantan dan Terengganu.

Ini melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 11.45 pagi, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada paras teruk bagi Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Turut dikeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat berjaga-jaga bagi Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak , Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Kemaman), Pahang (Cameron Highland, Lipis, Raub,Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Terdahulu, dilaporkan hari kedua banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah mangsa apabila 2,525 orang daripada 712 keluarga dipindahkan pagi ini berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga malam tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir juga meningkat kepada 853 orang (237 keluarga) pagi tadi berbanding 400 orang (113 keluarga) malam tadi.

Jabatan saliran dan pengairan melaporkan air di lima sungai utama di Kelantan sudah mencecah paras bahaya.

Sungai-sungai tersebut ialah Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli; Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah; Sungai Kelantan di Temangan, Machang; Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai; dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button