Politik

Amar makruf nahi mungkar – Guan Eng

BEKAS menteri kewangan, Lim Guan Eng menekankan berani kerana benar dan amar makruf nahi mungkar ketika menjawab persoalan rundingan langsung projek semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Kata beliau, biar rakyat membuat penilian sendiri tentang kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Katanya, penipuan pertama adalah bahawa projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambungan dari zaman BN.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Katanya, apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah inisiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta.

Baki RM6.258 bilion, katanya, ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman Barisan Nasional  (BN) yang terpaksa diteruskan PH.

 

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button